By Nisa Ahmad

A true feeling of calmness can see the beauty of the mosque. Putrajaya is a place to release stress and fatigue in addition to working with people. Calm your heart when you are in front of the mosque, which attracts foreign tourists to come here. The majority who came from countries of East Asia were mostly from Saudia Arabia, Iran, Pakistan and Turkey.
Zara drove her Perodua Myvi car to find some parking space. She rented a car from an uncle who ran a car rental business at Damai. Zara is charged eighty ringgit per day which allowed one to live in a rural area.
After the car entered the parking lot, her feet moved in front of the mosque of an artificial waterfall. Slowly she closed her eyes and tried to breath to make herself calm. All praises to Allah. A little relief. She escaped from all of the work that burdened her mind and problems with Dayyan Hadri.
He fell in love with her friend Fatin Alia and was powerful. She was versatile not to think of the situation and was tucked in the middle. She then remembered the words from her best friend since university, Zyha who advised her to forget about him as he was not sincere and will suffer. Zara tilted in front of the imposing mosque. She felt chest tightness and her strong patience still existed in her heart.
As she left the Putrajaya area, she drove passed the smart tunnel around three o’clock in the morning. Zara continuously drove through the Sprint Highway connection road between Kuala Lumpur and the Klang Valley.
She began to listen to the song played on her CD player, Thank You Love by Tasha Manshahar featuring Malaysia popular rappers, R.J.
Their voices were slightly hoarse but easily understood every lyricist. She compared Apo Kono Jang song by Fida Ibrahim and rappers by Dato ‘AC Mizal.
Whisper missed calls your name,
Set streak stretched instinct of my heart…
Do not worry about me,
You were always on my side,
Delete sense vise,
I only have you calm feelings,
Whenever you appear again,
Thank you love,
You make me happy,
Never bored and tired,
Thank you love,
My asking for once,
Never change,
Only you one,
No second,
Wherever you are,
Here is love,
Love, grace of Almighty,
We patterns,
We compose,
We have built,
Like a dream that we chase,
I hope together to finish it later,
Thank you love, we’re together,
Thank you love, forever,
Like a dream that we chase,
May we be together till the end of the day.
She never got tired of hearing the song.
Overall, Love has many definitions. Love Allah, the Prophet, parents, siblings, friends and husband. Love is too pure. It comes sudden.
It should not be force and comes naturally from a sincere heart. Indeed, Allah’s love is the only love the most majestic. He never forget His Creation. Thank Allah. The pure love.
Zara’s heart made a thousand thanks to the Creator. She realized that she wasn’t alone. Allah is always with her no matter where she is protecting her from all harms.
SubhanAllah.

SEJENAK BERSAMAMU (PROLOG)
Sungguh tenang perasaan ini bila dapat melihat keindahan masjid. Putrajaya memang menjadi tempat melepaskan penat dan menghilangkan tekanan tambahan pula kepada orang yang bekerja. Tenang hati bila berada di hadapan masjid yang menjadi daya tarikan pelancong luar negara ke sini. Majoriti yang datang dari negara sebelah Asia Timur dan kebanyakannya Arab Saudi, Iran, Pakistan serta Turki sangat suka berhimpun di dataran hadapan masjid itu.
Zara memandu kereta perodua Myvinya mencari ruang kosong untuk memarkir. Sebenarnya dia menyewa kereta itu oleh seorang pakcik yang menjalankan perniagaan sewa kereta di kawasan Damai. Zara dikenakan caj sehari sebanyak lapan puluh ringgit. Mengikut piawaian harga luar bandar katanya.
Setelah kereta di parkir, langkah kaki diteruskan menuju ke arah masjid berhadapan air terjun buatan yang tersergam indah itu. Perlahan-lahan dia memejam mata dan menarik nafas menenangkan diri sementara. Alhamdulilah. Lega sedikit. Hilang segala bebanan tugas apatah lagi masalahnya dengan Hadri.
Zara dapat rasa yang Dayyan Hadri memang benar-benar suka dengan Fatin Alia. Dia cinta mati dengan rakannya itu. Sungguh tidak berdaya untuk menghalang perhubungan mereka berdua. Serba tidak kena memikirkan keadaan kedua-duanya. Di antara Hadri dan Fatin, terselit dia di tengah. Serabut kepala memikirkan keadaan tersebut. Dia buntu.
Teringat kata-kata Zyha, sahabat baik sewaktu di UPM dahulu. Zyha menyuruh dia tinggalkan sahaja lelaki itu. Dayyan tidak ikhlas padanya. Kalau sekarang, dia boleh disakitkan macam itu tidak mustahil esok lusa bila sudah kahwin, dia bermain kayu tiga di belakang kita. Kesudahannya, diri sendiri yang menanggung deritanya.
Pandangan Zaratul Najwa didongakkan ke hadapan masjid yang tersergam indah itu. Kalau diikutkan, mahu saja dia menangis sepuas-puasnya melepaskan rasa sebak di dada. Namun, sifat kesabaran yang masih ada dalam hati menjadi sumber kekuatan buatnya untuk terus bangkit.
Perodua Myvi berwarna maroon dipacu keluar meninggalkan kawasan Putrajaya. Laluan ke Smart Tunnel baru saja dilepasinya. Pemanduan yang lancar jam tiga pagi itu. Zara terus memandu menelusuri Lebuhraya Sprint iaitu penghubung jalan di antara Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Sambil mulut menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta yang diputar oleh pemacu CD player yang dipasang. Terubat sedikit hati mendengar suara Tasha Manshahar dengan kaki rap popular, R.J. Walaupun suara rap itu garau, tetapi senang difahami setiap butiran ayat yang dikeluarkan. Berbanding dengan lagu Apo Kono Jang, nyanyian Fida Ibrahim dan rap oleh Dato’ AC Mizal itu agak sukar menangkap bait-bait maksud yang disampaikannya.
Bisikan rindu memanggil namamu,
Lirikan coretan merebahkan naluri hatiku…
Usah bimbang tentang aku,
Kau selalu di sisiku,
Hapuskan rasa ragumu,
Ku cuma ada kamu
Tenang rasa hati,
Pabila engkau muncul lagi,
Terima kasih cinta,
Kau buat ku bahagia,
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta,
Pintaku satu saja,
Jangan pernah berubah
Hanya kamu satu saja,
Tiada yang kedua,
Di mana pun engkau berada,
Di sini masih cinta,
Cinta, anugerah Maha Esa,
Kita corak, kita gubah, kita dirikan,
Seperti impian yang kita kejari,
Semoga bersama hingga ke akhir nanti,
Terima kasih cinta, kita kan bersama,
Terima kasih cinta, buat selamanya,
Seperti impian yang kita kejari,
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti
Senikata lirik nan indah membuatkan dia tidak pernah bosan mendengarnya walaupun berulang kali diputarkan. Benar-benar mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya.
Cinta itu banyak definisinya. Cinta kepada Allah, Rasul, ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan dan juga pasangan. Cinta itu terlalu suci dan murni. Cinta hadir tanpa dipinta. Cinta tidak boleh dipaksa kerana semulajadinya ia datang dari hati yang tulus ikhlas menginginkannya. Sesungguhnya cinta kepada Illahi adalah satu-satunya cinta yang paling agung. DIA tidak pernah melupakan hambaNya walaupun seketika. Syukur.
Di hati Zara mengucapkan seribu syukur pada Maha Penciptanya. Dia sedar yang selama ini dia tidak kesepian. Allah ada sentiasa walau di mana dia berada serta melindungi dirinya dari segala bahaya. SubhanAllah. Selama ini dia hanya membuang masa dengan cinta dunia. Dia terlalu mencintai seseorang yang bukan sah baginya. Dia hanyut dibuai kata pujukan Dayyan Hadri sehingga mengabaikan cintaNYA yang sebenar. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah, aku dah semakin menjauhiMu. Aku terlalu leka dibuai cinta yang belum halal di sisiku. Ampunkan aku, ya Tuhan.”. Zara menyesal dengan perasaan cintanya selama ini kerana ianya sungguh sia-sia.

Leave a comment