By Nisa Ahmad

Azira walked out onto the porch balcony of her room. For a moment, she was comforted to see children play merry chase in the playground. It was nice to be young. There was no stress nor worry about any problems. Calmness. It gave a throwback to her childhood memory. The joy is different as she entered adulthood where workload and problems were multiplied.
She made herself busy by managing the counselling centre. Her deepest wounds could not be healed by any man. It was too much to bear and made her choose to be alone and focus on her work.
Fikri Ibrahim was so annoying. Emran loved his video game. Danish, The man who declare only three months?
Well, forget about it. What does he remember all the women he met could be bought with money? He thought love was touch and go? Can come and go as they please?
Rich? good work? Self-catering?
Luckily she had a counselling centre where she spent time with teens who lived there. They were preparing to go to hostel to aid in psychological therapy. Two facilitators stayed there rather than their own house. There were many activities for them to do.
She spent time solving other problems and ignored her own.
“Be patient Zira. Be strong. Life must go on. You are a beautiful, intelligent, career woman. You are not the type who quickly gave in. Forget about Danish. He’s blind. He remembered all the things in this world can buy with money?
Move on okay. “
She uttered while her wiping tears.
She shook her head as she put her finger through her hair when she heard the voices of the children. So happy to see them. Human nature. Definitely going through the changes process. Children, adolescent, adult and the subsequent phases.
All that came with time. It was to be solved by being good and rational. The problem is not a shortcut to despair or escape. Faced with a calm and positive spirit. Azira swallowed her deepest, expressed and shared whatever stuck in her heart. Only those who understood could relate.
Blog airafieyadotcom has an audience in and out of the country and her writings is translated to various languages by readers of different countries. Azira is grateful for mediocre writing and inspires many. She did not think her blog would be like this of what she has written. One of her readers from Morocco sent a private message that made her excited and over the moon.
“May Allah bring you strong and blessing your journey …”
Other people sent private messages of support to be a life coach, counsellor and other means.
Sometimes, she felt tired to make a good deed. No. Not like this. They were only taking her advantage of the opportunities and advantages offered. A big challenge for the own name Azira Sofiya Azizan. Wherever to go for sure there has to interact charm of her own. Not requested or hire, but the inner nature of a soft and positive aura makes her susceptible to the limelight.
May Allah have mercy, Ameen. She was not a known person but her writing was shared with many around the world. Her humble attitude. She did not boast. She was grateful only because Allah brings her test to help others. Allah sent her someone.
There is true love. Whatever happens, there must be the reason behind this. Glory to Allah. He is the Best Planner. We are as a slave can only pray, seek and rely sincerely to Him.
Now, Azira counting her happy days to put together with her love ones. The man especially for the gift of the divine servant of her patient in the test. Her partner is a big fan of her blog or calls as a secret admirer. He comes and shares her comments. He is a motivated friend. From myth till he met her in the real world in an event and greet fans of an international book fair.
He proposed in front of a thousand people at the shopping mall.
Embarrassed, shocked, speechless for a thousand words when recalling the historic event.
Allah The Almighty. The beauty of His destiny. I am thankful to YOU, Allah. Bless our true love until heaven.
Lara Hati Yang Terpendam (Akhir)
( Sequel Luka Yang Paling Dalam )
AZIRA Sofiya berjalan keluar menuju anjung balkoni biliknya. Terhibur sejenak hatinya melihat kanak-kanak riang bermain kejar-mengejar di taman permainan itu. Seronoknya menjadi anak kecil. Bebas bermain ke sana ke mari. Tidak stress atau tidak perlu memikirkan masalah apa pun. Tenang sahaja. Imbas sejenak zaman kanak-kanaknya, Azira turut merasakan suasana itu. Namun, kegirangan itu berubah saat diri menginjak dewasa. Bebanan kerja serta masalah yang datang bertambah-tambah.
Dengan kerja yang semakin bertambah dari sehari ke sehari, cinta yang belum bertemu jalan penamat menjadikan dirinya nekad untuk berehat dari isu tersebut. . Bukan tidak laku, tetapi kerana serik dan sukar percaya terhadap lelaki membuatkan dirinya menyibukkan masa menguruskan pusat kaunseling itu. Luka yang paling dalam sehingga belum ada seorang lelaki pun mampu menyembuhkan. Mungkin sudah terlalu banyak makan hati membuatkan dia memilih untuk bersendirian dan fokus pada apa yang diusahakan sekarang.
Fikri Ibrahim yang menjengkelkan. Emran dengan dunia permainan videonya. Hanya berhenti bila lapar, kemudian menyambung semula. Lebih baik couple dengan game sahaja. Danish??? Lelaki yang hanya dikenali tiga bulan itu? Hmm, lupakan sahaja. Apa dia ingat semua wanita yang dia jumpa boleh dibeli dengan duit? Dia fikir cinta itu touch and go? Boleh sesuka hati datang kemudian pergi? Tahulah kaya, berduit, kerja bagus, tapi layan perempuan macam layan budak kecil. Sudahnya, Azira ditinggalkan macam itu sahaja tanpa pesan. Nasiblah ada pusat kaunseling. At least, dia dapat luangkan masa dengan remaja yang tinggal di situ. Memang ada disediakan asrama supaya senang proses terapi psikologi dijalankan. Lagipun, dua fasilitatornya pun tinggal sekali termasuklah dirinya. Lebih baik di pusat kaunseling dari di rumah sendiri. Aktiviti pun banyak disediakan supaya remaja tidak bosan.
Alahai nasib badan. Asyik selesaikan masalah orang sahaja. Masalah sendiri ke laut. Tidak tahu di mana kesudahannya. Di antara ayat yang pernah dikeluarkan. “Sabarlah Zira. Kuatkan semangat. Hidup mesti diteruskan. You cantik, bijak, bekerjaya. You bukan jenis yang cepat mengalah. Lupakan je Danish. Dia tu buta. Dia ingat semua benda dalam dunia ni boleh beli dengan duit? Move on okay.” Monolognya sambil tangan mengelap airmata yang mengalir suatu ketika dulu.
Tempikan suara kanak-kanak itu mengembalikan Azira dari memori silam. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil jari menyisip rambut yang menutupi dahi. Bahagianya. Lumrah manusia. Pasti akan melalui proses perubahan. Kanak-kanak, remaja, dewasa dan fasa yang amat berat ialah alam perkahwinan. Semua itu harus dilalui juga walau ditolak sekalipun masanya akan tiba jua. Masalah yang datang perlu diselesaikan dengan baik dan rasional. Masalah bukan jalan pintas untuk putus asa atau melarikan diri. Hadapi dengan jiwa yang tenang dan positif. Bagi Azira, memendam itu memang sakit. Dan sebab itulah dia membuka platform blog untuk berkongsi dan meluahkan apa sahaja terbuku di hati. Hanya pada orang tertentu dan mudah dipercayai sahaja boleh diluahkan.
Blog airafieyadotcom merupakan blog yang mendapat rating pembaca terbaik dalam dan luar negara. Malahan, penulisannya diterjemahkan ke pelbagai bahasa oleh pembaca yang berlainan negara. Azira bersyukur kerana penulisan biasa-biasa itu dapat menjadi bahan inspirasi pembaca. Dia tidak menyangka yang blognya akan jadi seperti ini kerana apa yang ditulis itu hanyalah diari biasa yang terhasil dari kehidupan seharian.
Buktinya, salah seorang telah menghantar mesej peribadi di emel denga satu ayat yang membuatkan dia bersemangat dan terharu. Komen dari pembaca negara Morroco dalam bahasa Inggeris, “May Allah bring you strong and blessing your journey…”
Dan lagi, ada yang menghantar mesej peribadi mahu menjadikan dirinya sebagai perunding motivasi peribadi, kaunselor dan tidak kurang mahu berkenalan dengannya. Aduhai! Apa pun niat kena betul. Kena pandai elak. Azira sangat berpegang kuat pada prinsip. Hanya menulis dan berkongsi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Itu sahaja. Noktah! Lagipun, apa yang dia buat datangnya dari minat ingin berkongsi.
Kadang-kadang, dia rasa macam penat sahaja buat baik. Bukan apa, ada saja yang mengambil peluang dan kesempatan di atas kebaikan yang diberikan. Dugaan bagi pemilik nama Azira Sofiya Azizan. Ke mana pergi pasti ada daya tarikan tersendiri. Bukan diminta atau diupah, tetapi sifat dalaman yang lembut dan aura positif menjadikan dia mudah mendapat tumpuan ramai.
Alhamdulilah. Meskipun, dia tidak sehebat mana, namun setiap apa yang ditulis, dikongsi menjadi bualan pembaca sekitarnya. Dan kerana sifat rendah diri itu, dia disenangi kerana tidak pernah terlintas langsung untuk menyombong atau membangga diri. Bersederhana lebih baik. Azira bersyukur berkat kesabaran dan ujian yang dilaluinya telah mendekatkan dia pada jodoh yang tidak disangka. Benarlah. Segala yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Maha Suci Allah. DIA-lah sebaik-baik perancangan. Kita sebagai hamba ini hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal dengan tulus ikhlas kepada-NYA.
Kini, Azira Sofiya menghitung hari-hari bahagia untuk disatukan bersama cinta hatinya. Insan teristimewa hadiah dari Illahi buat hamba yang sabar dalam ujian. Pasangannya adalah salah seorang peminat rahsia dari blognya yang hanya menjadi sahabat motivasi sahaja, Takdir menemukan mereka ke dunia realiti dalam sesi bertemu peminat di pesta buku antarabangsa. Lamaran mengejut dibuat secara tiba-tiba oleh lelaki itu di hadapan ribuan orang pusat membeli-belah tersebut. Malu, terkejut, terdiam seribu kata bila mengenang kembali peristiwa bersejarah itu. Allahuakhbar! Indahnya takdir-MU. Aku bersyukur, ya Tuhan. Berkatilah cinta sejati kami ini sampai ke Syurga.
Leave a comment